Alahan mengandung atau morning sickness adalah kondisi yang biasa berlaku kepada ibu mengandung pada trimester yang pertama (12 minggu pertama).
Kebanyakan alahan adalah biasa dan tidak memerlukan rawatan.
Namun ada sesetengah ibu mengandung yang mengalami alahan yang teruk sehingga memerlukan rawatan di klinik , bahkan ada segelintir yang perlu dimasukkan ke dalam wad.
Ada banyak perkara yang boleh trigger wanita mengandung mengalami alahan. Antaranya :
asap rokok
wangian
kopi
makanan atau minuman tertentu
Tip untuk kurangkan alahan :
Makan atau minum secara kerap tetapi pada jumlah yang sedikit
Jangan terus bangun dari tidur, berikan sedikit masa sebelum bangun
Elakkan makan makanan yang berminyak atau pedas
Elak makan makanan yang boleh menyebabkan anda loya
Jangan minum air pada kadar yang berlebihan atau selepas sahaja makan
Ambil halia ( dalam bentuk teh atau kapsul)
Ambil multivitamin atau vitamin B6
Jangan biarkan perut anda kosong. Sentiasa sediakan snek kecil.
Jika alahan yang anda alami adalah teruk seperti muntah yang berterusan, tidak dapat makan atau minum lebih daripada 24 jam, lesu dan tidak bertenaga segeralah dapatkan rawatan perubatan.
Comments